Suatu petang di hari Jumaat minggu terakhir Ramadhan 1444H yang penuh barakah, tanpa diduga dan tanpa disangka-sangka kami diberikan berita gembira (busyro) yang sangat ditunggu-tunggu oleh kami sendiri dan seluruh ahli keluarga :)
ALHAMDULILLAH..
and..
LET'S START EVERYTHING WITH BISMILLAH..
Tak pernah aku nak share gambar dalam ni kan. Tapi harini aku nak abadikan gambar double-line ni kat sini untuk kenangan. Berbulan bertahun kami mencuba untuk dapatkan dua garis ini, bak kata orang apa, TTC-- trying to conceive, tapi dua garis yang naik dari dulu hanyalah positif COVID19 hahaha
Truly in denial, yes.
Aku ulang test berkali-kali, guna macam-macam jenama test kit sebab tak percaya.
Dah la alkisahnya aku memang sengaja tak tanda tarikh akhir period (LMP - last menstrual period) sebab dah malas nak fikir pasal anak masa tu. Kitorang dah macam redha je kalau ada-- ye ada, kalau takde-- kita cuba lain kali pulak kan. Tapi waktu tu kan puasa, aku macam eh kenapa pulak puasa penuh ni jadi dengan saja-sajanya aku pegi main-main buat test tu.
EH??
Maka menangis berpelukan la kami berdua...
:')
(dalam hati aku: tak sempat nak record ala nak seprais hasben tu hahaha)
Semoga anak ini kuat!
Comments
Post a Comment