Skip to main content

Ceritera Pengantin PKP

 Hi readers!
(walaupun aku tau blog ni mana ada readers hahaha)

Aku dah janji nak cerita macam mana berlangsungnya proses pernikahan antara aku dengan R di musim-musim kobid ni. Wah wah, keluar pulak lagu Kasih Kekasih nyanyian inTeam dari Sinar.fm ni. Kasi mood onz. 

Sebenarnya plan asal kami untuk menikah adalah pada 12/12/2020 tapi disebabkan kobid nampak macam tak nak reda pun dan ura-ura R macam kena hantar pegi Sabah Sarawak, aku dan R serta seluruh ahli keluarga kami bersetuju untuk mempercepatkan tarikh nikah iaitu kepada 1/11/2020. Korang nampak tak betapa gigihnya nak nikah tarikh cantik? Hahaha.

Tapi Allah Maha Kuasa. 

Kobid memang semakin meneruk. Takde tanda nak baik. Kerajaan Negeri Selangor tidak membenarkan sebarang majlis pernikahan untuk dijalankan di Masjid atau di rumah dan hanya boleh menikah di pejabat agama sahaja. Oleh sebab itu, kami perlu tunggu giliran dan tarikh diberi adalah pada 23/11/20 hari Isnin jam 2 petang. Hari bekerja uols. 


Persiapan.

Tempat nikah kat PAID, tapi aku still sewa pelamin untuk kenangan bergambar kat rumah. Alhamdulillah pakej Pelamin Semenyih Kak Ayu sangat cantik dan berbaloi. Check it out gais.

Cameraman- yang aku book tu tak jadi aku jemput sebab bukan boleh masuk pun. Lagipun aku ada adik aku, jadi aku guna je khidmat dia. Gituh.

Hantaran- nasib baik barang semua aku dah beli dengan R since bulan 8, jadi diorang boleh terus design dan gubah sendiri je. Sincerely by my sister Ita and my cousin Dila.

Baju nikah- aku punya seperti biasa handmade by arwah Pakcik Win. Aku decide untuk pakai sebab its too beautiful and tak panas, cuma kain meleret sikit la. R beli baju melayu cantek menawan dari Jakel.

Baju persalinan- R tukar baju putih handmade also by arwah Pakcik Win and later we changed to Minangkabau costume! Thank you Maklong sebab masih simpan baju-baju ni. Nanti ada masa aku upload gambar.

Mekap- of course my dear MUA Humaira hihi 

Kek- handmade by my cousin Kak Tina, check it out jugak her instagram.

Inai- emergency inai ni hahaha terjumpa tengah jalan kat Bangi. Nasib baik diorang duduk Hulu Langat je dan boleh datang rumah malam nak nikah tu. Phew. Harga berbaloi-baloi sampai aku dapatlah belanja adik-adik perempuanku berinai sekali gitu, ala-ala malam berinai.

Makan- fully cooked by my mom and aunties. Alhamdulillah seeeeeedap sangat.

Disebabkan majlis hanyalah kecil-kecilan jadi aku tak boleh nak menjemput ramai even ahli keluarga sanak saudara sendiri. Alhamdulillah majlis tetap berjalan dengan lancar dan meriah sehingga ke malam hari. Alhamdulillah juga sebab dapat jimat. Tak sampai RM10k or maybe around 5k macam tu je terguna. So siapa nak kahwin dan nak jimat, sila proceed sekarang! Haha.

Terima kasih kepada semua ahli keluarga dan saudara mara yang banyak membantu menjayakan majlis pernikahan kami dalam pandemik kobid ni. Terutama Ummi Abah, Mak Ayah, adik beradik semua, makcik pakcik dan tak lupa kawan baikku Qistina, Ilham, Izzah, terima kasih sebab sudi hadir dan teman di kala ku berdebar nak menikah hehe.

Kami sayang anda semua.

Terima kasih kerana mengikuti SOP.

See you guys later!

Tampin
301120 | 1916H

Comments

Popular posts from this blog

"Fetal Heart Seen, Shown To Mother"

Really guys. Thats the word I've been using to all mothers and parents who came to me confirming their pregnancy. And it is the best description. "Fetal Heart Seen, Shown To Mother" Maksudnya: jantung baby nampak berdetak, berdenyut, nampak lip-lap macam lampu raya dan paling best kalau aku boleh ukur (?measure ukurlah kan dalam Bahasa Melayu) kadar denyutan jantung baby tu. Just a quick update. 1st REDD 21/12/23 2nd REDD 25/12/23 So my due date by scan (obviously sebab lupa LMP hahaha) will be on 21st December 2023 ! lebih kurang camni la gambar dia dulu sumber: Google Alhamdulillah. Baiknya awak anak, dah munculkan diri masa scan kedua.  Jantung awak kuat. Terima kasih sebab bagi mama rasa kuat jugak. I love you. We love you  ♥ ♥ ps. sorry aku tak share apa-apa scan yang dah dibuat. Doakan kandungan aku ni sihat sehingga ke akhirnya tanpa sebarang komplikasi ye gaissss. Salam sayang dari Bangi 130523

That Unexpected Double-Line

Suatu petang di hari Jumaat minggu terakhir Ramadhan 1444H yang penuh barakah, tanpa diduga dan tanpa disangka-sangka kami diberikan berita gembira ( busyro ) yang sangat ditunggu-tunggu oleh kami sendiri dan seluruh ahli keluarga :) ALHAMDULILLAH.. and.. LET'S START EVERYTHING WITH BISMILLAH.. Tak pernah aku nak share gambar dalam ni kan. Tapi harini aku nak abadikan gambar double-line ni kat sini untuk kenangan. Berbulan bertahun kami mencuba untuk dapatkan dua garis ini, bak kata orang apa, TTC-- trying to conceive , tapi dua garis yang naik dari dulu hanyalah positif COVID19 hahaha Truly in denial, yes. Aku ulang test berkali-kali, guna macam-macam jenama test kit sebab tak percaya.  Dah la alkisahnya aku memang sengaja tak tanda tarikh akhir period (LMP - last menstrual period) sebab dah malas nak fikir pasal anak masa tu. Kitorang dah macam redha je kalau ada-- ye ada, kalau takde-- kita cuba lain kali pulak kan. Tapi waktu tu kan puasa, aku macam eh kenapa pulak puasa penuh ...

Support Hobi

Hai hai hai.  Harini dapat keyboard baru, speaker baru, laptop cooler baru. Hahaha rasa nak menaip sebab keyboard ni best, kalerful and yeah sedap nak menaip (dan main game plan asalnya). Cik abe sekarang ni buat hobi baru pulak nak main game. Yelah dah stress keje menghadap pesakit-pesakit positif covid setiap hari, bosan la jugak kan. So kita layan je lah. Tu pasal dapat barang baru ni. Kita boleh tumpang sekali and try nak menulis balik macam dulu. Hihi. Yang penting, cik abe tak main sampai lewat malam sampai terbabas subuh apa semua okay? Sambil tu kita join kat sebelah teman menyibuk. lalaalala Okay bye ps. sedapnya kibod niiiiiiiiiii :D Tampin 061121 | 1818H