Skip to main content

Mama Baba Love You ♥

Harini genap dua minggu selepas 'double-line' itu naik di hadapan mataku. Tapi perancangan Tuhan itu Maha Agung. It was my first pregnancy but I've lost it. 

Hari itu hari Ahad. Seperti biasa kalau R ada locum, dan kalau aku free, aku ikut. Maklumlah aku ni mana boleh duduk diam. Tak aci kalau R sorang keluar jalan-jalan. Hehe. I feel great and sakit perut yang aku rasai 2 hari lepas dah takde, so why not aku follow kan?

Cuma dipertengahan jalan aku minta R untuk singgah toilet. Urging to PU was a lot during that time, and who knows I would bleed to death in the evening? Disebabkan ketidak-sedapan-hati aku ajak R untuk pergi hospital untuk cek. Dalam kepala aku dah fikir macam-macam benda buruk. I cannot carry this baby? Am I going to have miscarriage?

Sebelum tu, aku missed period for 5 days. On top of that, I've started to have cramping suprapubic pain with breast tenderness AND I NEVER FELT LIKE THAT BEFORE. That is when I decided to do UPT. Aku dah test UPT like 4 times in a week. 3 kali guna strips dan sekali guna clear blue atas nasihat Nabila sebab all strips showed blur-lined. Guna clear blue sekali celup in few second dapat line terang. Menangis R time tu jugak. Hehe my husband always comel.

So I went for scan at my own clinic. 

Nabila scan, takde sac.
Kak Alliah scan, takde sac tapi ET nampak tebal.
Mastura scan, takde sac jugak tapi macam vague IUGS.

Duh.

Aku repeat scan lagi kat private, negatif.

Nangis aku dalam tidur takut baby tak survive.

Tapi sebab baru 6 weeks and everybody was like, "takpe sis, kecik lagi.. dia menyorok kot.. kita repeat scan balik lepas 2 minggu. Okay?" hahaha so irony. Benda ni la yang aku selalu cakap dekat patient time scan. lol

* * * *

Back to the day when I had those bleeding.

During the day, repeated TAS scan still showed no sac and all my organs are so beautiful and healthy. No sign of ectopic or infection or free fluid. No cyst nor fibroid. So the consultant asked me for beta HCG (hormone that release after the formation of placenta)

26 je. Possible miscarriage. Need to repeat in 48H.

R menangis dalam kereta. Waktu tu Tuhan jela tahu betapa bersyukurnya kami sebab aku memang mengandung dan baby mungkin masih ada. Time ni aku cuba untuk positif dan tak nak fikir benda-benda mengarut lagi.

Sampai kat rumah, aku landing relax atas katil. Tengok netflix. Chilling. Eating.

And that was the time when R said, "sayang, darah banyak."

Meluru terus ke hospital, yes, memang ada sakit perut tapi tak kuat. Scan, negatif. Speculum-ed, os closed but still bleeding. UPT, positive. Aku mintak untuk refer ke hospital S sebab adik aku kat sana dan aku kenal MO yang oncall malam tu.

Haha. I knew she will membebel to me. 
26 pun nak datang hospital ke?
Ko tak preknen ni.
Baru nak start period ni.
Tapi TVS scan kau ni macam ada sac.
Ah takpelah aku diskus dengan specialist aku dulu.
Ko rehat je kat wad malam ni.

Malam aku kat wad aku takleh nak nangis dah. Aku dah macam apa nak jadi, jadi lah. Aku cakap dengan R harapan masih ada jadi kena tunggu result beta HCG yang kedua ni. Tapi R tak balas. Dah tido la tu, kesian abangku sayang ke sana ke sini sepanjang hari. Sampai pukul 12 malam lebih ni.

* * *

Alhamdulillah atas nikmat kegembiraan yang dirasai sepanjang satu minggu itu. UPT positif je kami dah gembira sangat. 8 bulan mencuba dan menanti khabar gembira ni. Tak pernah aku rasa macam ni. R jangan cakap la. Hari-hari peluk aku, usap perut aku, masak pun tak bagi.

Pagi hari kedua di wad tu, 2 ketul placenta-like clot keluar. Waktu itu aku tahu, baby tak survive. Menangis sambil mandi. Menangis lagi dalam dakapan R. I cannot contain it anymore. I was so hurt. He also hurt. I can see R crying, eventho he doesnt show it to me.

I'm sorry abang.
I'm so sorry.
Sorry.
Maafkan sayang tak dapat jadi isteri yang baik.
but I am loving you with all my heart, abang.
I love you so much.
Terima kasih sama-sama lalui jalan yang berliku-liku ni.

And to my dearest baby, thank you for coming to us even in a short period of time.
Mama Baba tetap sayang awak. We love you.
Kita jumpa di Syurga ya, anak.

:)


Comments

Popular posts from this blog

"Fetal Heart Seen, Shown To Mother"

Really guys. Thats the word I've been using to all mothers and parents who came to me confirming their pregnancy. And it is the best description. "Fetal Heart Seen, Shown To Mother" Maksudnya: jantung baby nampak berdetak, berdenyut, nampak lip-lap macam lampu raya dan paling best kalau aku boleh ukur (?measure ukurlah kan dalam Bahasa Melayu) kadar denyutan jantung baby tu. Just a quick update. 1st REDD 21/12/23 2nd REDD 25/12/23 So my due date by scan (obviously sebab lupa LMP hahaha) will be on 21st December 2023 ! lebih kurang camni la gambar dia dulu sumber: Google Alhamdulillah. Baiknya awak anak, dah munculkan diri masa scan kedua.  Jantung awak kuat. Terima kasih sebab bagi mama rasa kuat jugak. I love you. We love you  ♥ ♥ ps. sorry aku tak share apa-apa scan yang dah dibuat. Doakan kandungan aku ni sihat sehingga ke akhirnya tanpa sebarang komplikasi ye gaissss. Salam sayang dari Bangi 130523

That Unexpected Double-Line

Suatu petang di hari Jumaat minggu terakhir Ramadhan 1444H yang penuh barakah, tanpa diduga dan tanpa disangka-sangka kami diberikan berita gembira ( busyro ) yang sangat ditunggu-tunggu oleh kami sendiri dan seluruh ahli keluarga :) ALHAMDULILLAH.. and.. LET'S START EVERYTHING WITH BISMILLAH.. Tak pernah aku nak share gambar dalam ni kan. Tapi harini aku nak abadikan gambar double-line ni kat sini untuk kenangan. Berbulan bertahun kami mencuba untuk dapatkan dua garis ini, bak kata orang apa, TTC-- trying to conceive , tapi dua garis yang naik dari dulu hanyalah positif COVID19 hahaha Truly in denial, yes. Aku ulang test berkali-kali, guna macam-macam jenama test kit sebab tak percaya.  Dah la alkisahnya aku memang sengaja tak tanda tarikh akhir period (LMP - last menstrual period) sebab dah malas nak fikir pasal anak masa tu. Kitorang dah macam redha je kalau ada-- ye ada, kalau takde-- kita cuba lain kali pulak kan. Tapi waktu tu kan puasa, aku macam eh kenapa pulak puasa penuh ...

Support Hobi

Hai hai hai.  Harini dapat keyboard baru, speaker baru, laptop cooler baru. Hahaha rasa nak menaip sebab keyboard ni best, kalerful and yeah sedap nak menaip (dan main game plan asalnya). Cik abe sekarang ni buat hobi baru pulak nak main game. Yelah dah stress keje menghadap pesakit-pesakit positif covid setiap hari, bosan la jugak kan. So kita layan je lah. Tu pasal dapat barang baru ni. Kita boleh tumpang sekali and try nak menulis balik macam dulu. Hihi. Yang penting, cik abe tak main sampai lewat malam sampai terbabas subuh apa semua okay? Sambil tu kita join kat sebelah teman menyibuk. lalaalala Okay bye ps. sedapnya kibod niiiiiiiiiii :D Tampin 061121 | 1818H